LOKASI / MAKLUMAT AM
Kampung Perlop 3 Lasah terletak di Daerah Sungai Siput,
Mukim Pulau Kemiri, Perak Darul Ridzuan.Ia terletak 22 km dari pekan Sungai
Siput. Kampung ini mempunyai 2 jalan masuk maka terdapat 2 buah jambatan yang
menghubungkan kampung ini dengan Kampung berhampiran.
Selepas 43 tahun, Kampung Perlop 3 kini boleh berbangga
dengan beberapa pencapaian diantara memenangi Anugerah Desa Cemerlang pada
tahun 2000 anjuran Pejabat Daerah dan berjaya memenangi wang tunai sebanyak
RM11,000.00. Selain itu pada tahun 2004 Kampung Perlop 3 berjaya mendapat
tempat ke tiga anugerah Sambutan Bulan Kemerdekaan yang turut dianjurkan oleh
Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak
RM5,000.00. Sesuai dengan gelaran Desa Wawasan, Kampung Perlop 3 juga kini
terpilih dibawah projek Kampung Tanpa
Wayar (KTW).
Selain daripada itu juga, Kampung Perlop 3 aktif dalam
menjaya Program Anak Angkat dengan kerjasama IPTA dan IPTS dan antaranya
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
dan Kolej Komuniti Chenderoh. Program ini telah memberi peluang kepada peserta
terbabit untuk tinggal selama tiga hari dua malam bersama penduduk kampung yang
telah dijadikan sebagai keluarga angkat untuk lebih menyelami kehidupan
penduduk di sini.
Majoriti penduduk di Kampung Perlop 3 terdiri daripada
kaum Melayu.Diawal penerokaannya iaitu pada tahun 1970 ketika itu kampung ini
merupakan sebuah Rancangan Tanah Belia Khas didiami oleh 200 ketua
keluarga.Namun begitu, 5 tahun pertama penerokaannya seramai 75 ketua keluarga
telah membuat keputusan untuk meninggalkan Rancangan Tanah ini.Hanya 125 ketua
keluarga yang berjaya meneruskan kehidupan di sini.Namun begitu, masa berlalu,
taraf kehidupan di sini dipertingkatkan sedikit demi sedikit. Hasilnya bilangan
penduduk telah bertambah, dan kini melebihi
150 keluarga menetap disini.
Penduduk
di sini masih mengamalkan gaya hidup murni seperti bergotong-royong, ziarah
menziarahi dan tolong-menolong antara satu sama lain. Kebanyakan penduduk
berganding bahu menyempurnakan majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment